sesungguhnya aku rindu pada arwah mak aku(ekceli tok aku, tp aku dr kecik lg panggil mak)…sesekali lepas solat, aku sayu sgt… bila dok sorang-sorang, mesti terlintas kenangan dgn arwah mak….

raya ni, aku ttau nk beraya mana?!aku xda umah sebenarnya….:(šŸ˜¦šŸ˜¦

perut aku ni sokmo berbunyi?! ntah le, aku makan je pg td..menu biasa air milo+roti. tapi awat lapaq lagi..lani makan pun aku dh kurang, ntahle nape?! nk kata x cukup duit, mungkin lah jugak, tp aku rasa aku still bleh survive kt uum ni, pasal tesis, pun mungkin jugak. pasal org putrajaya?! mungkin jugak, tp ntahlah..

mcm2 ade dlm pale otak aku nih….?!

assalamua’laikum.

aku ni jenis malas nk marah2 org, tp sejak 2,3 minggu ni tido aku terganggu, hai bengang la jugak. tgh2 malam akan terdengarlah dialog “ayang” la ” honey” la etc. muak wei.. org len pun bergayut la jugak, tp x de le kemaruk cam awak.

dah la smlm aku saket pale, so lelaplah awai. cam besa,pukul 3 pg, aku terjaga…”ayang..” aduhai, mahu je aku hempas kan hanset makhluk tu..huhuhu, aku terasa x aman sungguh la. camne ni wei?!

rini, aku bgn lewat..moody lak. ntahla, akhir2 ni suka sgt aku marah kt org. aku tau, org2 yg rapat dgn aku dok makan ati, nasiblah..bukan aku mintak nk marah2 sgt nie.. tp, entahlah..susahlah aku nk xplain.huhuhu

so, aku ni bila x de mud je aku akan bace cite kelakar..kemudian aku ketawa sorg..meh ni, nk kongsikan beberapa slot kelakar eh..

Satu pagi di stesen keretapi, ada satu makcik tu dia
tanya petugas kaunter…

Makcik: “Anak, keretapi sampai jam berapa??”

Petugas kaunter: “Jam 2 Kedah, jam 5 Kelantan, jam 1 Penang, jam 7 Gemas. Makcik nak pergi mana?..”

Makcik: “Makcik nak melintas saja.”

~~~~~~

Bidin melihat rakannya, Wafdi sedang membuat kopi,kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya.Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi…

Bidin: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”

Wafdi: “Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia..”

~~~

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: “Kenapa?”

Isteri: “Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!”

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: “Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, boleh?!”

~~~

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.Terperanjat, dia tak sempat mengangkat
senapangnya.Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa.Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa,dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa .

Pemburu: “Ah leganya……..singa baik rupanya.Selamatlah aku.”

Singa: “Ya…….singa yang baik selalu baca doa sebelum makan.”

isnin lepas aku jumpa penyelia tesis aku, cikDin. waaa..kene repair lagi bab 1 dan bab 2 aku.

“cik, saya tak pandai mengayat,” boleh dia senyum dengaq pengakuan jujur dan ikhlas aku…

“erm..semua ok…tapi..” aik, ada tapi.ayat paling best aku takmo dengaq.

“garapan idea tu kurang la…,” burp..jatuh semangat aku.

aku tau, bab mengayat ni aku kurang sikit. besalah..x reti mengayat nih. habih dia conteng paper aku, gini gitu gunu..etc.dekat 1 jam aku pun balik. b4 balik, dia bangun,p dekat rak dia, cari apa tah.

“nah, amik nie..baca, bagi faham apa yg awak buat,” sedebak broser dia lempaq kat aku.hehehe..iyer lah..saya bace cik!!!!!

“bab 3, 4 siap dah?!” mak aihhh.

“baru 50% cik,’

“nanti siap hantar yer,” dalam kepala aku pusing, bilalah aku nak siapkan..huhuhu.

balik bilik, aku kuatkan semangat. takmo jd pemalas lagi..aku nk siapkan tesis secepat yg mungkin!!!!! insyaAllah.

so, dr semalam sampai hari ni, aku pulun depan pc, buat tesis aku bab3.penat rupanyer yer.lebih2 lagi bab sistem APA rujukan tuh..pening aku..mau setengah jam aku ngadap benda alah tu saja. bilik aku?haaah, jgn cakap jelah. cantik sikit daripada tongkang pecah!

assalamua’laikum.

sebenarnya, dh lama nk mengadu kat sini, tp kesuntukan masa.so, aku pendamkan je. huhuhu, botol susu oppps botol air aku yg comel tu hilang. sedihnya hati, Tuhan saja yang tau.

mana tidaknya, itulah satu2nya botol air yg aku ada. mahal lak tu. paling istimewa, ade org kasi present kat aku. oklah tu, at least dapat gak hadiah botol air. cun woo botol tu, color hijau. aku masuk klas pun, x bersemangat.

nak jadi citer, ntah camne aku leh kuarkan dan pegang kat tgn botol tu. selama ni, aku simpan dlm beg aku. hati pun sayu je pagi tu. tgh berjalan nk p klas, tetiba aku tingat..mak..botol air cek..huhuhu, aku pun tawaf la fakulti cari botol air..X DAK!!!! sah la, kene kipnap botol air aku. masuk dlm klas, kengkawan tanya. awat…botol air hilang?! cik zairy ngajo depan pun, aku nmpak botol air aku kat muka cikZairy…

pas klas, aku pusing lagi cari, dengan kawan..xdak jugak..huhuhu.sumpah, aku x halalkan botol air aku, kalau ade org curi.. aku ngadu kat insan yg beri present aku tu. dia kata, x palah nnt dia beli len..hehehe, nk color tu jugak!!!!iyer.. nanti org beli tang tempat tu yer..cam buda kecik, tp ahh lantaklah..yg ptg aku nk botol air aku balik!!!

Ā sebab au sayang botol air aku!!!

1. org hadiahkan

2. aku dpt jimat spending air kt kafe, sbb aku bwk air

3. aku xda dah botol air len

4. mahal botol tu, aku x termampu nk beli, dh org hadiahkan, aku sapu jelah.heheh

5. aku sayang semua reta aku!!!!!

lani, bila p fakulti je, lalu tempat tragedi (tmpt botol air aku hilang), sayu nya hati…;(

pg2 dh jd rutin, pas solat, baca Quran sikit, mulalah jeling2 kat katil tuh. hai la katil, macam best je kalo dpt landing ek. tapi, kena kuatkan ht gak. kalo aku tlelap sat g, mau nya aku tlambat nk p kampus.

dpt sms dr Lea.. apahal la makchik ni. pemalas bebenor nk p kampus. ala, kan jauh sgt pun. so, hasrat nak hantaq tutorial ari rabu ni (kot2 la , dapat mark bonus) terbantu. sok, hang buat la cik Lea semua tu ek.

Ā menapak dgn suzie, p mall (varsity mall), cr rezeki..hehehe. p cucuk duit la. dlm purse aku ada dlm RM4, huhuhu lepas makan lunch saja. takkan aku nk posa mlm pulak kot..hai sesat2..šŸ˜› alhamdulillah, purse merah (dah lusuh sgt, x terbeli yg baru, kes syg duit) dah berisi uwang.

lunch dgn suzie kt mall. amik nasi+daging mask apatah+sayuq(dinasihatkan olh pakar pemakanan x bertauliah suh mkn sayuq, hehehe)+sirap = RM2.70. murah ke mahai yer? rasanya murah la kot.

hala nak balik, tetiba ade sorg mamat terlanggar aku. buto ker?!

“sorry mbak,

eh eh, aku kat indon ka? hehehe kusenyum je.

mamat indon tu (ekceli indon educated yer), malu2..tersalah penggunaan bahasa. ada kaa aku dipanggil mbak..bukan mbak tu meant makchik ka? huhuhu, mudo lagi aku nih..hampeh tol lah..

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.